Train The Trainer PI Intel’s Digital Inclusion Program Refresher 2017
20 Februari 2017 | Aktiviti TerkiniPusat Internet Maxis Kelantan KDN 1 telah mengikuti kursus Train The Trainer PI Intel’s Digital Inclusion Program Refresher 2017 yang bertempat di Pusat Internet Kg Chengal . Kursus ini telah dilaksanakan selama 4 hari bermula 16 Februari sehingga 19 Februari 2017 yang dihadiri oleh semua Pengurus dan Penolong Pengurus daripada 11 PI Maxis Kelantan KDN 1.
Tujuan kursus ini diadakan adalah untuk memberikan pendedahan dan membuka minda semua pekerja Pusat Internet Maxis Kelantan mengenai INTEL Easy Step dan Keusahawanan. Ilmu yang diperolehi disarankan untuk dikongsikan bersama komuniti setempat. Disamping itu kelebihan yang diperolehi oleh semua yang terlibat adalah memberikan semangat dan kefahaman yang lebih tentang Modul Intel untuk tahun 2017. Membuka minda dan pendedahan kepada semua pekerja PI tentang Intel.
Melahirkan komuniti dan usahawan yang celik IT dan berjaya dalam bidang yang diceburi dan mewujudkan kerjasama antara pengurusan PI. Selain daripada mempelajari cara menjalankan perniagaan dan menjana idea perniagaan, para peserta juga didedahkan dengan cara pengurusan wang dalam perniagaan serta cara pemasaran online yang betul.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: